POLISI TEMPAHAN
- Masa mendaftar MASUK adalah pada pukul 3:00 petang sehingga 11.59 malam dan masa mendaftar KELUAR adalah pada pukul 12:00 tengahari. Caj lewat daftar keluar akan dikenakan sebanyak RM20 untuk setiap jam, bergantung kepada availability.
- Self check-in. No unit dan katalaluan pintu akan diberi kepada tetamu setelah bilik tersedia.
- Security deposit sebanyak RM100 akan dikenakan bagi setiap tempahan dan akan dipulangkan kembali jika tiada kerosakan atau kekotoran yang melampau. Caj tersebut akan dipulangkan kembali setelah selesai housekeeping bilik.
- Pembatalan tempahan hanya dibenarkan dibuat sebelum atau pada hari ketujuh sebelum tarikh daftar masuk. Refund tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh daftar masuk. Walaubagaimanapun, tetamu dibenarkan untuk menukar ke tarikh yang lain.
- DILARANG membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay tanpa kebenaran pihak kami.
- DILARANG membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.
- DILARANG menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.
- Jika terdapat sebarang kerosakkan (kelengkapan/peralatan rumah) berlaku, pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- SILA pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa anda tidur atau keluar.
- DILARANG membuat kunci pendua tanpa pengetahuan/kebenaran pihak kami.
- SILA buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
- DILARANG MEROKOK di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.
- DILARANG membawa masuk binatang peliharaan.
- TIDAK DIBENARKAN membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.
- DILARANG memaku, menconteng atau mengubah suai dinding di dalam atau di luar homestay.
- PASTIKAN semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum anda mendaftar keluar.
- PASTIKAN semua suis termasuk kipas, penghawa dingin dan lampu ditutup setiap kali apabila keluar meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- SEGALA kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan tetamu adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab tetamu sendiri. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak tetamu.